Salam

YANG MEMBUAT KU TERFIKIR, MERENUNG DAN MENCARI JAWAP PASTI SOALAN DI BENAK AKAL INI;
JAWAPAN DATANG DAN TIADA KEPUASAN KERANA;
IA MENIMBUL BANYAK PERSOALAN LAIN BEKAS YANG BARU KU TEMUI DAN YANG KU TAHU SELAMA INI;
MEMBUAT KU MENGERTI RAHSIA DEMI RAHSIA PADA DIRI INI YANG LEMAH DAN TIADA UPAYA;
IA MEMBUATKU RASA DAHAGA DAN TERUS MEMBURU ILMU TANPA DISEDARI PETUNJUK DATANG BILA MANA BUNTU AKAL KU YANG CETEK;
HARAPAN KU ILMU DIKETAHUI DIMANFAAT DAN SELARI AMALI DIRI INI;
TERLALU JAUH LANGKAH KAKI JALANI TANPA PASTI;
KERANA NAFSU MENGATASI DARI ILMU INI;
HATI INI PERLU DIBERSIH DAN DIGILAP UNTUK SINARI;
DUGAAN SILIH BERGANTI KAN DEKATKAN DIRI PADA PEMILIK HAKIKI;
OMBAK YANG SELALU MENYATAKAN TENTANG DIRINYA TETAP DAN TIADA GELORA SEDANGKAN SEMUANYA SEDAR HEMPASAN OMBAK DI TEPIAN PANTAI SABAN HARI;
JAUH ERTI DARI UCAPAN SENDIRI, SAMA JUGALAH LUAHAN SANG HATI PADA DIRI SERTA SEMUA YANG BERADA DISISI...

Friday 26 August 2011

Madah Kata


Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.


Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.


Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.


Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.


Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.


Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.


Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.


Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.


Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.


Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan

No comments:

Post a Comment