Salam

YANG MEMBUAT KU TERFIKIR, MERENUNG DAN MENCARI JAWAP PASTI SOALAN DI BENAK AKAL INI;
JAWAPAN DATANG DAN TIADA KEPUASAN KERANA;
IA MENIMBUL BANYAK PERSOALAN LAIN BEKAS YANG BARU KU TEMUI DAN YANG KU TAHU SELAMA INI;
MEMBUAT KU MENGERTI RAHSIA DEMI RAHSIA PADA DIRI INI YANG LEMAH DAN TIADA UPAYA;
IA MEMBUATKU RASA DAHAGA DAN TERUS MEMBURU ILMU TANPA DISEDARI PETUNJUK DATANG BILA MANA BUNTU AKAL KU YANG CETEK;
HARAPAN KU ILMU DIKETAHUI DIMANFAAT DAN SELARI AMALI DIRI INI;
TERLALU JAUH LANGKAH KAKI JALANI TANPA PASTI;
KERANA NAFSU MENGATASI DARI ILMU INI;
HATI INI PERLU DIBERSIH DAN DIGILAP UNTUK SINARI;
DUGAAN SILIH BERGANTI KAN DEKATKAN DIRI PADA PEMILIK HAKIKI;
OMBAK YANG SELALU MENYATAKAN TENTANG DIRINYA TETAP DAN TIADA GELORA SEDANGKAN SEMUANYA SEDAR HEMPASAN OMBAK DI TEPIAN PANTAI SABAN HARI;
JAUH ERTI DARI UCAPAN SENDIRI, SAMA JUGALAH LUAHAN SANG HATI PADA DIRI SERTA SEMUA YANG BERADA DISISI...

Friday 26 August 2011

hati....

kita nikmati hidup ini...

dekat dengannya hingga nnti...

walaupown tidak atau disedari...

setia menemani di saat diri dicengkam sepi...

hanya sendiri tahu akan apa dilalui...

yang terjadi pada diri...

tanpa ada seseorang yang kan mengerti...

tapi kadang2 disedari pada yang setia memerhati...

yang mengerti mengikut ragam cara empunya diri...

dan ingat lah Pemilik hati lebih mengetahui dan mengerti...

tanpa tiada yang tersembunyi...

kerna semua itu rahsia dan aib sendiri...

tidak akan terungkap cerita yang selari...

dengan yang sebenarnya dilalui...

kerna kita semua penanti jawapan pasti...

bukan mudah dan boleh kita jangkai...

beringatlah sedikit demi sedikit penyakit hati boleh menguasai...

jika hati itu tidak suci, tidak digilap dan diajari...

pasti menjauh dari haluan sebenar hidup ini...

menyebabkan perkara kecil dan temeh boleh gegarkan hati...

kan parah jika terus pendamkan dalam diri...

tapi hendaklah kite mencari & ketahui...

cara yang patut diteliti dan jd amali...

dicari,diambil tahu,dipelajari hingga jadi pakaian diri...

kan lali semua perkara dgn anggapan ini semua hanya ujian pasti...

untuk ungkapkan erti rasa dan mengenal diri sendiri...

ketahui rahsia diri yang tersembunyi disisi...

merasai dan sedari kelebihan beri kekuatan diri yang mengiringi...

tanpa melangar dan melawan ketetapan azali...

jika gagal terus mencuba lagi dan kaji...

kerna tidaklah sama pencuri dan pencari...

untuk jadikan sabar kata kunci yg mengiringi...

tapi tidak akan lari dosa diri tapi secepatnya sedari dan sesali...

kerna jika nafsu kuasai aqli berterusan padah menanti...

bersinar pasti pada sesiapa dapat kuasai...

bekalan untuk kita kembali kepada pencipta abadi...

cabaran dan dugaan pada dunia yang fana ini...

ke satu tempat yang bererti lagi hakiki...

amin...

No comments:

Post a Comment