Salam

YANG MEMBUAT KU TERFIKIR, MERENUNG DAN MENCARI JAWAP PASTI SOALAN DI BENAK AKAL INI;
JAWAPAN DATANG DAN TIADA KEPUASAN KERANA;
IA MENIMBUL BANYAK PERSOALAN LAIN BEKAS YANG BARU KU TEMUI DAN YANG KU TAHU SELAMA INI;
MEMBUAT KU MENGERTI RAHSIA DEMI RAHSIA PADA DIRI INI YANG LEMAH DAN TIADA UPAYA;
IA MEMBUATKU RASA DAHAGA DAN TERUS MEMBURU ILMU TANPA DISEDARI PETUNJUK DATANG BILA MANA BUNTU AKAL KU YANG CETEK;
HARAPAN KU ILMU DIKETAHUI DIMANFAAT DAN SELARI AMALI DIRI INI;
TERLALU JAUH LANGKAH KAKI JALANI TANPA PASTI;
KERANA NAFSU MENGATASI DARI ILMU INI;
HATI INI PERLU DIBERSIH DAN DIGILAP UNTUK SINARI;
DUGAAN SILIH BERGANTI KAN DEKATKAN DIRI PADA PEMILIK HAKIKI;
OMBAK YANG SELALU MENYATAKAN TENTANG DIRINYA TETAP DAN TIADA GELORA SEDANGKAN SEMUANYA SEDAR HEMPASAN OMBAK DI TEPIAN PANTAI SABAN HARI;
JAUH ERTI DARI UCAPAN SENDIRI, SAMA JUGALAH LUAHAN SANG HATI PADA DIRI SERTA SEMUA YANG BERADA DISISI...

Friday 26 August 2011

.................


Bismillahirrahmanirrahim.....

maha penyayang dan maha pengasih yang sentiasa membuka jalan, rahmat yang x terhitung dan terbuka keampunan & pintu taubat kepada hambanya yang leka.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

 kesalahan dan kesilapan boleh berlaku -  ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.

Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik.”

 Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir. selari dengan manusia itu hambaNya dan sebagai khalifah di muka bumi.Amin.

No comments:

Post a Comment